Monday, May 31, 2010

dendang dosa

sepi yang datang bukan tiba-tiba
ia pernah lalu cuma waktu ini singgah seketika
menjenguk aku yang resah tanpa kata
sedang bergelandangan sarat duka
mendulang hati pilih rasa

aku mencari pelangi yang tumbuh
membelah bening petang
usai gerimis
aku menokhtahkan pilu di hujung jari
membelah jiwa dengan sebuah puisi

aku berdendang lara meneguk derita mencari cahaya
tuhan ingin aku berbisik
hinanya aku di bawah bayangmu
tuhan mahu aku tangis segala daki hitam
yang berkeladak nun dalam batinku

tuhan berikan aku sayap
terbangkan aku menyentuhi zat mu
tuhan turunkan redhamu
jadi benang kumohon berpaut

denai ini kuredah juga
di depan hanya ada kelip-kelip sebagai teman
indah berkedip cahayanya bukan penyuluh malam
dengan gerak hati laluan gelap sekadar suram
cukuplah, aku syukur belum tersasar jauh atau rebah jatuh cenuram

suezz arhej
desa aman, pantai dalam, kuala lumpur
larut malam 31 mei 2010

No comments: