Tuesday, March 17, 2009

debaran kedua

debaran pertama telah kulalui
perjuangan kali pertama telah kuredah
perang yang pertama telah kumenangi
sore ini
debaran itu datang lagi
debaran kedua
hampir menyamai ketika kali yang pertama
tapi lain benar kali ini

ah, harus aku tempuhi semua itu sekali lagi....

Monday, March 16, 2009

lama kuhilang

lama kuhilang

lama sungguh tak bertemu
aku rindu namun bertahan
kerana hujan belum berhenti
langit mendung awan kelabu
petir dan guruh saling bertingkah
aku takut langitkan runtuh

pagi tadi ada sinar di sebalik awan
terpercik cahayanya ke mukaku
terbasuh satu noda
yang bersisa di pipiku

di luar jendela ada kokok daripada yang sang jantan
tanda semangatnya pulih mencari lawan
untuk beradu atau asmara
kedua-duanya tidakkan berubah
tanda dunia sedang berputar
hidup itu ada bayaran

sore ini aku menunggu fajar esok
adakah burung semalam berkicau lagi
aku menanti sehingga lena
tapi jagaku di tengah hari