Saturday, June 20, 2009

aku mahu jadi biduan

aku mahu biduan
itu kata hati seketika rindu kepadanya datang bertamu
aku mahu jadi biduan
tapi aku tiada suara
getarnya cuma di lubuk katarsis
nun jauh di dasar jiwa

aku mahu biduan
tapi lidahku kelu tiada diksi
rasa yang mahu aku dendangkan
hanya bermain di hujung jari
hanya menari di litar huruf

akulah biduan itu
biduan yang punya rasa
tapi kelu kala bicara
biduan yang hatinya menangis saban ketika
biduan yang hatinya rapuh bagaikan kaca
biduan yang selalu ingin dimanja
akulah biduan itu
biduan tanpa suara

No comments: